suria

Operasi JPN Ditutup Empat Hari Sempena Tahun Baru Cina

KUALA LUMPUR: Kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara akan ditutup empat hari sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina minggu ini.

Pegawai Perhubungan Awam JPN, Jainisah Mohd Noor berkata, kaunter JPN bagi Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan tidak akan beroperasi pada 13 hingga 16 Februari.

Manakala bagi negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu tidak akan beroperasi mulai esok hingga 15 Feb dan mula beroperasi seperti biasa pada hari Selasa (16 Februari).

"Operasi JPN di Putrajaya dan lain-lain ibu pejabat negeri akan kembali beroperasi seperti biasa mulai 17 Februari," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi pejabat perkhidmatan pelanggan, ibu pejabat JPN Putrajaya di talian 03-88807077, 03-88807071, 03-88807067, 03-88807069 dan 03-88808206. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain