suria

Penduduk Sarawak Guna 60 Tan Gula Sehari

MIRI: Majlis Gerakan Kepenggunaan Negeri Sarawak akan memperhebatkan usaha untuk mengurangkan penggunaan gula dalam penduduk Sarawak yang menggunakan 66 metrik tan gula sehari.

Pengerusi bersama majlis itu, Wan Ahmad Huzir Wan Sulaiman berkata, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan melancarkan kempen pengurangan penggunaan gula peringkat negeri itu di sini Ahad ini.

"Bahaya pengambilan gula secara berlebihan akan menjadi fokus dalam kempen ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Wan Ahmad Huzir yang juga Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Sarawak berkata, peningkatan kesedaran penduduk Sarawak untuk mengurangkan penggunaan gula dalam kehidupan seharian akan membolehkan mereka menyumbang ke arah menjimatkan perbelanjaan kerajaan dalam memperuntukkan subsidi untuk bahan itu.

Beliau berkata, kerajaan memperuntukkan 80 sen bagi setiap kilogram gula yang dibekalkan ke Sarawak. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain