suria

Tengku Fakhry Gagal Keputusan Pemangku Raja Kelantan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini memutuskan Tengku Muhammad Fakhry Petra tidak berhak mencabar tindakan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra yang juga abangnya melucutkannya daripada keahlian Majlis Perajaan Negeri Kelantan.

Hakim Mohamad Ariff Md Yusof berkata, mahkamah bukan merupakan forum yang sesuai dan layak mengadili isu-isu berkaitan Majlis Perajaan Negeri Kelantan.

Menurutnya, ini kerana ia melibatkan kuasa-kuasa prerogatif Di-Raja.

Katanya, berdasarkan semakannya pada Perlembagaan Negeri Kelantan, pemangku Raja Kelantan mempunyai bidang kuasa untuk membatalkan keahlian adiknya daripada Majlis Perajaan Negeri Kelantan.

"Raja Kelantan adalah saluran paling layak untuk memutuskan isu ini," katanya.

Sehubungan itu, hakim Mohamad Ariff memerintahkan permohonan untuk semakan itu ditolak dengan kos dan mengarahkan Tengku Muhammad Fakhry membayar kepada abangnya.

Pada 16 September tahun lalu, Tengku Muhammad Faris Petra melucutkan keanggotaan Tengku Muhammad Fakhry daripada senarai bakal pewaris takhta.

Susulan itu, pada 1 Disember tahun lalu, Tengku Muhammad Fakhry memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran untuk mencabar keputusan kakandanya menerusi prosiding semakan kehakiman.

Tengku Muhammaf Fakhry, 31, memohon perisytiharan bahawa keputusan Tengku Muhammad Faris melucutkan keanggotaannya daripada Majlis Perajaan adalah bercanggah dengan Perkara 7 Perlembagaan Negeri Kelantan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain