suria

LISTERINE Beri Ganjaran RM10,000 Kepada Rakyat Malaysia Paling Sihat

PETALING JAYA: Orang ramai berpeluang memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 dengan menyertai Rali Mulut Sihat Nasional LISTERINE bermula 2 Januari hingga 31 Mei 2010.

Pengarah Urusan Johnson & Johnson Sdn Bhd, Joyce Lee, berkata, pemenang dinilai daripada mereka yang mempunyai kebersihan oral paling sihat berdasarkan keputusan yang ditentukan oleh panel Persatuan Pergigian Malaysia (MDA)

"Dengan hanya membeli sebotol LISTERINE Cool Mint atau Cool Citrus 250ml yang disertakan dengan Pelekat Kereta Mulut Sihat secara percuma, anda berpeluang memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM100 dengan serta-merta," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Tingkatkan peluang untuk dicam dengan mengetahui lokasi kruiser radio menerusi stesen radio Hitz, Era atau My FM, dan tampalkan sebanyak mungkin pelekat di kereta anda.

Layari www.listerine.com.my untuk maklumat selanjutnya mengenai peraduan tersebut dan senarai klinik pergigian yang turut serta rali ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain