suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Agong Perkenan Langkah-Langkah Kerajaan Selesai Isu Kalimah Allah

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan dengan langkahlangkah yang diambil oleh kerajaan untuk mencari penyelesaian terhadap isu penggunaan perkataan Allah, kata Pejabat Perdana Menteri hari ini. Dalam satu kenyataan, Pejabat Perdana Menteri berkata Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menghadap Seri Paduka Baginda untuk memaklumkan isu itu serta langkahlangkah yang diambil untuk mencari penyelesaian.

Menurut kenyataan itu, Perdana Menteri kemudian memaklumkan perkara itu kepada Jemaah Menteri dalam mesyuarat mingguannya hari ini.

Kenyataan itu menyebut bahawa memandangkan perkara berkenaan telah diserahkan kepada mahkamah, adalah wajar bagi semua pihak menghormati proses undangundang negara.

"Sementara proses rayuan berjalan, adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk tidak membuat sesuatu yang boleh menjejaskan kepentingan dan kesejahteraan awam," kata kenyataan itu. BERNAMA

Artikel Lain