suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayaran Bantuan Kebajikan Dibuat Pada 1hb Setiap Bulan

KUALA LUMPUR: Pembayaran wang bantuan kebajikan kepada penerima bantuan di seluruh negara akan dibuat pada 1 haribulan setiap bulan mulai Januari 2010, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

"Dengan ini, satu daripada pencapaian yang telah ditetapkan bagi Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) kementerian dari segi meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah dapat direalisasikan," katanya dalam satu kenyataan ke sini, hari ini.

Katanya, pembayaran wang bantuan pada 1 haribulan setiap bulan telah dilaksanakan di Semenanjung Malaysia sejak September lalu, iaitu lebih awal dari tarikh sasaran sebenar.

Katanya pembayaran yang dibuat pada awal setiap bulan juga dijangka dapat membantu penerima bantuan merancang perbelanjaan keluarga mereka dengan lebih teratur dan efektif supaya dapat dimanfaatkan sepenuhnya. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain