suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib terima Anugerah Darjah Utama Pangkuan Negeri

Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas mengurniakan Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN) kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Seri Mutiara di sini hari ini.-Foto BERNAMA.

PULAU PINANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dianugerahkan Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN) oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas.

Darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk Seri Utama itu dianugerahkan sempena sambutan ulang tahun Yang Dipertua Negeri yang ke 71 tahun Julai lepas.

Isteri Yang Dipertua Negeri Toh Puan Majimor Shariff hadir pada upacara itu yang diadakan di Seri Mutiara di sini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan isteri Betty Chew, Timbalan Ketua Menteri 2 P. Ramasamy dan barisan exco kerajaan negeri. BERNAMA

Artikel Lain