suria

Bagan Pinang: 81.65 peratus keluar mengundi keputusan dijangka 8 malam ini

Seorang wanita warga emas tidak melepaskan peluang melaksanakan tanggungjawabnya untuk mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang di sini pada Ahad. Foto THE STAR Oleh: ART CHEN.

PORT DICKSON: Setelah proses pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang ditutup pada pukul 5 petang tadi, seramai 11, 157 atau 81.65 peratus telah keluar menunaikan tanggungjawab mereka.

Ia merupakan jumlah keseluruhan termasuk pengundi biasa dan undi pos.

Jumlah itu melepasi sasaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mensasarkan peratusan keluar mengundi sebanyak 80 peratus.

Ketika ini proses pengiraan undi sedang dijalankan di semua lapan pusat mengundi sebelum dibawa ke pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson di sini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, pihaknya berpuas hati dengan keputusan keluarg mengundi tersebut seperti yang disasarkan.

Bagaimanapun menurutnya, SPR menjangkakan jumlah keluar mengundi pada pilihan raya ini sepatutnya lebih tinggi kerana ia diadakan pada hari cuti.

"Memang kita puas hati sebab menepati sasaran, tapi sepatutnya lebih besar lah kerana kita buat pada hari cuti.

"Tapi saya pun hairan mengapa peratusnya masih kecil, parti-parti politik minta kita adakan pada hari cuti sebab menurut mereka mudahkan orang keluar mengundi.

"Tapi ternyata alasan itu tidak terbukti, kita buat pada hari bekerja kecil, buat pada cuti pun kecil...kita akan kaji perkara ini," katanya ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi.

Menurut beliau lagi, keputusan bagi pilihan raya ini dijangka akan diketahui seawal pukul 8 malam.

"Kalau semua proses berjalan lancar, insya-Allah dalam pukul 8 kita boleh tahu keputusannya.

Sementara itu, pusat pengundian telah pun ditutup pada pukul 5 petang tadi.

BERITA TERDAHULU

PORT DICKSON: Seramai 6,301 atau 69.5 peratus daripada 9,060 pengundi biasa sudah keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang sehingga pukul 4 petang ini.

Jurucakap Suruhanjaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkannya ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi.

Pusat pengundian akan ditutup pada pukul 5 petang.

BERITA TERDAHULU

PORT DICKSON: Seramai 5,892 atau 65 peratus daripada 9,060 pengundi biasa sudah keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang sehingga pukul 3 petang ini.

Jurucakap Suruhanjaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkannya ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi.

BERITA TERDAHULU

PORT DICKSON: Seramai 5,371 atau 59.2 peratus daripada 9,060 pengundi biasa sudah keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang sehingga pukul 2 petang ini.

Jurucakap Suruhanjaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkannya ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi.

BERITA TERDAHULU

PORT DICKSON: Seramai 4, 905 atau 54. 1 peratus daripada 9,060 pengundi biasa sudah keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang sehingga pukul 1 tengah hari ini.

Jurucakap Suruhanjaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkannya ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi.

BERITA TERDAHULU

PORT DICKSON: Seramai 4,220 atau 46.5 peratus daripada 9,060 pengundi biasa sudah keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang sehingga pukul 12 tengah hari ini.

Jurucakap Suruhanjaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkannya ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi.

BERITA TERDAHULU

PORT DICKSON: Seramai 3,239 atau 35.7 peratus daripada 9,060 pengundi biasa sudah keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang sehingga pukul 11 pagi ini.

Jurucakap Suruhanjaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkannya ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi.

BERITA TERDAHULU

PORT DICKSON: Seramai 2,168 atau 23.9 peratus daripada 9,060 pengundi biasa sudah keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang sehingga pukul 10 pagi ini.

Jurucakap Suruhanjaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkannya ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi.

Proses pengundian hari ini melibatkan 18 saluran peti undi di lapan pusat pengundian.

Sehingga pukul 9.30 pagi ini keadaan trafik di Jalan Pantai, jalan utama di sini lancar sekalipun hujan renyai-renyai, dengan kalangan pengundi terutama golongan tua, mula keluar mengundi.

Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad manakala PAS diwakili pensuruhjaya PAS negeri, Zulkefly Mohamad Omar.

Seramai 4,604 pengundi pos mengundi bermula Khamis lepas.

Ketika ini, keadaan di beberapa pusat mengundi antaranya di Sek. Keb Telok Kemang, Sek. Keb Panglima Adnan dan SRJKC Ladang Siliau meriah dengan gelagat penyokong parti dan peraih undi yang berada di luar pusat mengundi bagi menarik sokongan pemilih.

Proses pengundian berjalan lancar setakat ini.

SPR dijangka akan mengumumkan keputusan bagi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang seawal pukul 8 malam ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain