suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

150 ahli PKR kawasan Putri Laksamana umum keluar parti

KUALA LUMPUR: Seramai 150 kaum India di kawasan Putri Laksamana, Gombak, petang ini keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menyertai semula MIC serta menyokong Barisan Nasional (BN).

Ketua Persatuan Penduduk Putri Laksamana V. Sundramoorthy dan rakanrakannya memberitahu pemberita di sini hari ini bahawa mereka berbuat demikian kerana kecewa dengan pemimpin PKR yang didakwa tidak melaksanakan apa yang mereka perjuangkan.

Beliau berkata pelbagai aduan pernah diutarakan kepada anggota parlimen PKR kawasan itu namun tiada sebarang maklum balas seperti masalah kewujudan sebuah kilang simen di kawasan mereka.

Penyerahan borang keahlian untuk menyertai MIC telah diserahkan Sundramoorthy kepada Ketua MIC Bahagian Gombak, G. Jayakumaran pada majlis itu.

Sementara itu di SHAH ALAM, Umno bahagian itu menerima 40 borang penyertaan untuk menyertai parti itu daripada penduduk Blok 79 dan 80 Pangsapuri Seksyen 24 hari ini.

Borang pendaftaran keahlian diserahkan pengerusi keduadua blok itu, Ahmad Azam Harun kepada ketua bahagian itu Datuk Ahmad Nawawi Md Zin yang mengalu-alukan kemasukan mereka. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain