suria

IPF komited sokong BN walau dicemuh sebagai kuli - Jayashree

Setiausaha Kerja Barisan Nasional (BN) Datuk Abu Khamis (tengah) bersama-sama Presiden Parti Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) Puan Sri Jayashree Pandithan (kiri) dan Timbalan Presiden IPF K. Murugaiah (kanan) menyanyikan lagu Negaraku dan lagu BN pada majlis perasmian Perhimpunan Agung IPF kali ke-17 di sini, hari ini. Abu mewakili Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. --Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) berjanji terus komited menyokong kerajaan biarpun belum diterima sebagai anggota parti komponen dan dicemuh pembangkang sebagai kuli Barisan Nasional (BN).

Presidennya Puan Sri Jayashree Pandithan berkata, sokongan tersebut bukannya bersifat sukasuka tetapi berasaskan kepada komitmen yang ditunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat India.

"Walaupun parti-parti pembangkang melabelkan IPF sebagai gurkha atau kuli BN dan mendakwa BN tidak akan menerima parti ini sampai bilabila, kami akan tetap menunggu penuh setia sehingga permohonan menyertai BN diterima.

"Kami akan sekali lagi menghantar permohonan rasmi untuk menyertai BN dalam masa terdekat dan yakin pucuk pimpinan BN akan mengambil berat permohonan ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung IPF kali ke-17 di sini, hari ini.

Jayashree berkata, walaupun beberapa permohonan mereka sebelum ini tidak mendapat tindak balas positif BN tetapi IPF terus setia bersama BN selama hampir 20 tahun penubuhannya.

Pada sidang media Mei lepas Jayashree memaklumkan parti itu akan memohon kepada Najib selaku Pengerusi BN untuk parti itu menyertai BN bagi meneruskan usaha yang dilakukan mendiang Tan Sri M.G Pandithan yang juga Presiden dan Pengasas IPF sebelum ini.

Semasa ditanya jika permohonan itu ditolak BN adakah IPF yang dikatakan mempunyai 300,000 anggota di seluruh negara akan menyertai parti lain, Jayashree berkata, parti itu akan terus berdiri kukuh di belakang BN dan tidak terlintas untuk menyertai manamana parti selain BN.

"Kami adalah penyokong kuat BN...tidak syak lagi tentang itu kerana Tan Sri (Pandithan) menyokong BN dan kami mengikut jejak langkahnya. Tidak timbul soal menyertai manamana parti atau pembangkang. Kami adalah penyokong setia BN," katanya.

Jayashree berkata, IPF bukanlah parti yang ditubuhkan untuk bersukasuka tetapi mempunyai wawasan yang jelas dan sebagai rakan baik BN, parti itu ingin melihat pembaharuan dalam BN.

"Saya harap pucuk pimpinan BN akan mengambil berat permohonan ini serta kehendak parti IPF secara serius bagi mengembalikan semula keyakinan masyarakat India terhadap BN bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang," katanya. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain