suria

13 ditahan di pusat hiburan positif dadah

KUALA LUMPUR: Seramai 13 orang pengunjung sebuah pusat hiburan di Taman Shamelin Perkasa, Cheras ditahan dalam satu serbuan awal pagi tadi kerana positif pelbagai jenis dadah.

Ketua Bahagian Narkotik Kuala Lumpur ACP Kang Chez Chiang berkata serbuan pukul 12.30 tengah malam oleh Jabatan Narkotik Kuala Lumpur telah melakukan pemeriksaan ke atas 133 pengunjung termasuk pekerja pusat hiburan itu.

"Hasil pemeriksaan air kencing mendapati 13 orang positif dadah, enam lelaki dan tujuh perempuan termasuk empat pekerja pusat hiburan tersebut," katanya dalam satu kenyataan yang dikirimkan melalui Khidmat Pesanan Ringkas di sini hari ini.

Kang berkata tiga daripadanya positif dadah jenis ganja, dua positif dadah ketamin, tiga orang positif dadah jenis amphetamine manakala lima orang lagi untuk dadah jenis metamfetamin (Syabu).

Kesemua mereka yang ditahan berumur 19 hingga 41 tahun, katanya.

"Mereka yang ditahan akan disiasat di bawah Sekyen 15 (1) (A), Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara tiga tahun atau RM5,000 jika sabit kesalahan," katanya. BERNAMA

Artikel Lain