suria

Samy Vellu mohon maaf pada Dr Mahathir mengenai penghinaan 'kalungan selipar'

KUALA LUMPUR: Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu berkata beliau akan meminta maaf secara peribadi pada Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung penghinaan "kalungan selipar" yang ditimbulkan oleh seorang anggota MIC pada persidangan parti itu baru-baru ini.

Samy Vellu berkata beliau akan memohon pertemuan dengan bekas perdana menteri itu untuk menyampaikan permohonan maaf berhubung insiden itu.

"Saya sendiri akan temui beliau untuk menjelaskan seluruh episod itu dan menyampaikan permohonan maaf," kata Samy Vellu dalam satu kenyataan.

Samy Vellu berkata, "Saya sentiasa menyanjung tinggi Tun Dr Mahathir. Beliau seorang pemimpin dan negarawan agung".

Beliau berkata Dr Mahathir telah membawa pembangunan besar kepada negara dan menyatupadukan rakyat.

"Beliau akan sentiasa dihormati oleh kita semua dan seluruh rakyat Malaysia," kata Samy Vellu.

Dr Mahathir dalam temuramah dengan Bernama disebut sebagai berkata beliau tidak marah dan tidak juga sedih dengan penghinaan tersebut. BERNAMA

Artikel Sebelum

Umat Islam sambut Aidilfitri Ahad

Artikel Berikut

Artikel Lain