suria

Najib tiba di Brunei hadiri Konsultasi Tahunan ke-13

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak(kiri) diiringi Menteri Luar Brunei Pangiran Muda Mohammad Bolkiah sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei di sini, malam tadi. Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor berada di sini untuk lawatan rasmi tiga hari ke Brunei Darussalam bagi menghadiri Konsultasi Tahunan ke-13 dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah. -- fotoBERNAMA.

BANDAR SERI BEGAWAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini malam tadi untuk lawatan rasmi tiga hari ke Brunei Darussalam bagi menghadiri Konsultasi Tahunan ke-13 dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Najib, yang diiringi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, akan mengadakan pertemuan empat mata dengan Sultan esok selain menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Mengelak Cukai Dua Kali (DTA) dan Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai Pengecualian Cukai dan Kebenaran bekerja antara dua negara berkenaan.

Keduadua pemimpin dijangka mengeluarkan kenyataan pada akhir Konsultasi Tahunan itu yang juga dihadiri Menteri Luar Datuk Anifah Aman, beberapa menteri kabinet dan juga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Najib dan Rosmah juga dijadual mengadap Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dan Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar dan menghadiri Jamuan Negara yang dihoskan Sultan Brunei sebagai meraikan lawatan itu.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata Konsultasi Tahunan itu merupakan platform peringkat tertinggi bagi memupuk dan memperkukuh kerjasama dua hala yang memberi faedah bersama antara Malaysia dan Negara Berunei Darussalam serta bertukartukar pandangan mengenai isuisu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

Wisma Putra menyatakan Malaysia dan Brunei selama ini bekerjasama rapat dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, pendidikan, pertahanan, dan keselamatan. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain