suria

PM Australia bertemu Najib Isnin ini

MELBOURNE: Perdana Menteri Australia Kevin Rudd akan singgah di Kuala Lumpur pada Isnin ini untuk mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Canberra, Datuk Salman Ahmad berkata, Rudd akan meluangkan masa beberapa jam di ibu negara Malaysia sebelum meneruskan lawatan enam hari ke Jerman, Switzerland dan Itali.

Menteri Luar Australia Stephen Smith akan tiba di Kuala Lumpur sebelum Rudd pada Isnin bagi lawatan rasmi dua hari. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain