suria

Najib: Kadar pelaburan Ekuinas RM500 juta ditubuhkan

KUALA LUMPUR: Geris panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing dimansuhkan berkuat kuasa serta merta dan sebagai pendekatan baru satu institusi pelaburan baru dikenali sebagai Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) akan ditubuhkan.

Ekuinas akan ditubuhkan dengan modal permulaan sebanyak RM500 juta yang bakal berkembang kepada dana RM10 bilion.

Pelaburan Ekuinas memfokuskan kepada sektor-sektor pertumbuhan tinggi dan ia merupakan sebahangan daripada model ekonomi baru yang akan diperkenalkan Perdana Menteri.

Ia diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sebentar tadi.

Projek bernilai RM9 billion sudah diserahkan

Najib berkata projek bernilai RM9 bilion telah diserahkan dibawah pakej rangsangan 1 dan 2, di mana RM3 bilion telah dibayar sehingga 19 Jun.

"Suntikan perbelanjaan itu ke dalam ekonomi domestik dan kesan pergandaan berkaitannya akan membantu dan menampan kesan kemelesetan luaran dan menyediakan peluang bagi pemulihan ekonomi di dalam separuh tahun kedua tahun ini," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain