Zahra mula berenang merentasi Selat Inggeris

MISI BERMULA... Zahra memulakan ekspedisi berenang merentasi Selat Inggeris pada pukul 1 tengah hari tadi (waktu Malaysia). Foto THE STAR Oleh: CHOI TUCK WO.
MISI BERMULA... Zahra memulakan ekspedisi berenang merentasi Selat Inggeris pada pukul 1 tengah hari tadi (waktu Malaysia).  Foto THE STAR Oleh: CHOI TUCK WO.
MISI BERMULA... Zahra memulakan ekspedisi berenang merentasi Selat Inggeris pada pukul 1 tengah hari tadi (waktu Malaysia). Foto THE STAR Oleh: CHOI TUCK WO.

DOVER (England): Perenang muda, Zahra Masoumah Abdul Halim, 17, mula berenang merentasi Selat Inggeris dari Dover ke Calais pada pukul 6.07 am (1.07pm waktu Malaysia) hari ini.

Keberanian Zahra menyeberangi pantai Shakespeare di saat fajar menyinsing akan memahatkan namanya sebagai wanita Malaysia pertama menakluk selat tersebut.

Pemerhati daripada Channel Swimming & Piloting Federation (CS&PF) hadir untuk menyaksikan Zahra memulakan ekspedisi berenang merentasi selat Inggeris ke Calais di Perancis.

Sekumpulan rakyat Malaysia yang hadir memberi sorokan dalam sebuah bot yang mengiringi perjalanan Zahra.

Zahra meletak sasaran masa 14 jam untuk menamatkan misi berkenaan

Ayah Zahra, Abdul Halim Manaf, jurulatih Arof Amar dan Pengerusi Kelab Explorasi 7 Benua (KE7B) Muqharabbin Mokhtarudin turut serta dalam bot yang mengiringi Zahra.

Ekoran perubahan cuaca dan tiupan angin kencang, Zahra dijangka menghabiskan renangannya lewat sehari.

"Kita telah bertolak awal sebelum air pasang," kata jurupandu, Paul Formeman yang membawa Zahra dari pelabuhan ke pantai tempat dia berlepas pagi tadi.

Dalam perbualan telefon beberapa jam sebelum berenang, Zahra berharap rakyat Malaysia akan mendoakan dia berjaya merentasi Selat Inggeris tersebut.

"Saya sangat teruja dan gementar tapi saya yakin mampu melakukannya," katanya merujuk kepada perenang Mexico yang pernah menarik diri selepas berenang selama 11 jam.

Tambah Zahra, dia telah cuba menyesuaikan diri berenang dengan suhu air yang sejuk antara 12-16 darjah celcius setelah menjalani latihan selama sebulan.

Ibu kepada Zahra, Haniza Mohamed berkata dia telah menasihatkan anaknya supaya tenang dan dia yakin anaknya mampu melakukannya.

Jika Zahra berjaya berenang merentasi Selat Inggeris sejauh 33.6 km, dia merupakan rakyat Malaysia ketiga melakukakannya selepas Datuk Abdul Malik Mydin dan Dr Lennard Lee pada tahun 2003 dan 2004 yang pernah berenang di selat yang sama sebelum ini.

Sebelum ini, Malik mencipta sejarah menjadi rakyat pertama negara ini berjaya berenang merentasi Selat Inggeris pada Ogos 2003. Sementara Lee berjaya mencatakan masa sembilan jam 45 minit.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain