suria

17 pelatih PLKN Chini dibebaskan dari tahanan polis

PEKAN: Tujuh belas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kem Chini yang ditahan polis setelah terlibat dalam pergaduhan sesama sendiri semalam dibebaskan petang ini setelah siasatan selesai.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata pelatih-pelatih itu yang ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan telah dibenarkan keluar pada 3 petang ini dan pengurusan kem telah membawa mereka kembali ke kem untuk meneruskan latihan.

Bercakap kepada pemberita selepas menemui 17 pelatih itu di IPD Pekan di sini hari ini, Abdul Hadi berkata beliau dimaklumkan bahawa kejadian itu terjadi secara spontan dan bukannya melibatkan isu perkauman.

Dalam kejadian pukul 8 malam semalam, empat pelatih kem itu cedera ringan selepas pertengkaran mulut melarat kepada pergaduhan sesama mereka pada satu perhimpunan di kem itu.

Abdul Hadi berkata ibu bapa pelatih tidak perlu bimbang kerana pihak kem memberi jaminan perkara itu tidak akan berlaku.

Beliau juga bakalbakal pelatih boleh menyemak kemasukan mereka ke kemkem PLKN seluruh negara mulai esok melalui SMS dengan menaip PLKN (ruang) SEMAK (ruang)NOMBOR KAD PENGENALAN dan hantar ke 15888. BERNAMA

Artikel Lain