suria

Hubungan PKR-DAP diuji lagi

PULAU PINANG: Hubungan antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP di Pulau Pinang bergolak lagi berikutan perasaan tidak puas hati terhadap pembahagian kuasa dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Walaupun pemimpin atasan keduadua parti itu berusaha menafikan hubungan yang tidak mesra di antara mereka, namun di peringkat bawah, perasaan tidak puas hati itu seolaholah tidak dapat dibendung lagi dan sesekali ia mencetuskan reaksi yang memberi tamparan hebat kepada hubungan dua parti yang berbeza ideologi itu.

Lebih banyak pemimpin mereka menafikan apa yang berlaku, lebih banyak juga kepincangan dan percanggahan dari segi cerita dan fakta yang terkeluar sehingga rakyat membuat pelbagai andaian berhubung hubungan dan kerjasama mereka itu.

Baru sahaja reda kemelut antara PKR dan Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam menentukan siapa pengganti Timbalan Ketua Menteri 1 Mohammad Fairus Khairuddin yang meletakkan jawatannya dua bulan lalu, kini hubungan PKRDAP diuji lagi dalam isu pelantikan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

PKR mendakwa telah menyatakan hasrat mahukan orang politik dari parti itu dilantik memegang jawatan itu kepada kerajaan negeri menerusi majlis perundingan gabungan pembangkang tetapi di pihak kerajaan negeri yang diterajui DAP pula berkata tiada keputusan dicapai mengenai perkara itu dan bertindak mengekalkan pelantikan penjawat awam menerajui MPSP.

Dakwaan Lim semalam bahawa tindakan lapan ahli majlis dari PKR yang diketuai Ketua Whip, Johari Kassim memulaukan majlis angkat sumpah jawatan YDP MPSP yang baru kelmarin berikutan perasaan tidak puas hati pemimpin itu yang tidak dilantik ke jawatan itu dinafikan Johari dan Pengerusi Perhubungan PKR Negeri, Datuk Zahrain Mohamed Hashim beberapa jam kemudian.

Beberapa bulan lalu, Zahrain juga pernah membuat kenyataan bahawa PKR mahu diberi lebih kuasa dan peranan di dalam pentadbiran kerajaan negeri serta agensiagensinya supaya dapat memberikan sumbangan yang berkesan kepada urus tadbir negeri.

Bagi penganalisis politik, Dr Sivamurugan Pandian, kekalutan yang berlaku itu berpunca daripada hubungan yang rapuh antara kedua-dua parti utama gabungan pembangkang di Pulau Pinang itu.

"Kesepakatan dan kerjasama mereka hanya dilihat kukuh pada isu-isu popular tetapi dari segi urus tadbir kerajaan negeri, titik persefahaman itu belum wujud. Jika keadaan ini berterusan, ia boleh memberi kesan jangka panjang kepada pakatan pembangkang itu," katanya ketka dihubungi Bernama.

Pensyarah kanan di Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata, tuntutan demi tuntutan yang dibuat oleh keduadua pihak boleh menjejaskan kekuatan gabungan itu untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang selama ini hanya berpaksikan kepada keinginan untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN).

"Saya melihat persamaan mereka hanya terletak pada matlamat menumbangkan BN tetapi hakikatnya ideologi DAP, PKR dan Pas amat berbeza. Bukan setakat ideologi, lambang dan perjuangan parti juga tidak sama.

Setakat ini, bukan hanya PKR dilihat "memberontak" malahan Pas juga sudah mula bersuara dan membuat tuntutan mahu diberi layanan yang sama. "Selama mana gabungan ini boleh kekal jika ideologi politik tidak seragam dan sejauh mana pula satu parti di dalam gabungan itu boleh bertahan dan mengalah dengan tuntutan parti yang satu lagi.

Sama ada PKR terlalu mendesak atau DAP mengalah atau bolehkah PKR berdiam diri setelah ia dilihat lebih mengalah kepada DAP?," soalnya.

Dr Sivamurugan juga sangsi bahawa ada parti dalam gabungan pembangkang itu yang bersedia mengorbankan ideologi masingmasing demi perjuangan bersama kerana setiap parti dilihat cuba menonjolkan kekuatan dan dominasi masing-masing.

"Soalnya sekarang, wujudkah keikhlasan dan kejujuran dalam perjuangan gabungan itu? Sanggupkah mereka bertanding di bawah satu simbol? Rakyat mula bimbang apakah gabungan itu mampu mentadbir negeri seperti mana yang diharapkan," katanya.

Berbeza dengan BN, katanya, parti itu ditubuhkan atas dasar perjuangan dan ideologi yang sama dan hubungan antara parti komponen amat jelas perpaduannya serta penuh dengan sikap toleransi.

"Kalaupun wujud masalah, ia berkisar kepada masalah dalaman parti komponen itu sendiri tetapi hubungan antara satu parti komponen dengan parti yang lain tetap utuh. Jika BN dapat mengatasi masalah dalaman parti komponennya, ia dilihat sebagai usaha yang baik untuk memulihkan sokongan rakyat kepadanya," katanya. BERNAMA

Artikel Lain