suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Umno Kelantan lantik bapa angkat jaga 9 sembilan peti undi

KUALA KRAI: Umno Kelantan akan melantik wakil untuk dijadikan "bapa angkat" bagi menjaga sembilan peti undi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata sembilan wakil itu akan dipilih daripada Umno bahagian di negeri ini bagi menjaga kawasan peti undi berkenaan.

"Ia bertujuan menguatkan lagi kedudukan Umno di kawasan DUN dalam menghadapi pilihan raya kecil Manek Urai," katanya kepada pemberita selepas menziarahi keluarga Ismail Yaacob, wakil rakyat kawasan itu yang meninggal dunia Jumaat lepas, di sini hari ini.

Beliau berkata, Umno Kelantan akan menggembleng seluruh tenaga dari luar dan dalam negeri untuk memberi tumpuan pada pilihan raya kecil itu dan pelbagai rancangan diatur bagi memantapkan kedudukan Umno di kawasan DUN itu dan Kelantan, umumnya.

Kerusi DUN Manek Urai kosong berikutan kematian penyandangnya, Ismail dari PAS akibat sakit jantung. Ismail dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II sejak April lepas.

Pada pilihan raya umum lepas, Ismail menewaskan calon BN Mohamed Zulkifli Omar dengan majoriti 1,352 undi. BERNAMA

Artikel Lain