suria

2 lelaki dihukum penjara 79 tahun, 39 sebatan

TAWAU: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 79 tahun dan 39 sebatan rotan ke atas dua lelaki selepas mendapati mereka bersalah atas lima tuduhan jenayah termasuk rogol.

Ghazali Talip, 39, dan Raymond Abd. Gafar,44, masingmasing dihukum penjara 20 tahun berserta 10 sebatan kerana merogol seorang wanita belasan tahun di dalam sebuah van di kawasan kebun koko di Jalan Sin On Tiku pada 26 April tahun lalu kira-kira jam 7.30 malam.

Mereka dituduh melakukan kesalahan berkenaan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum 20 tahun penjara berserta sebatan.

Ghazali dan Raymond juga masingmasing dikenakan hukuman penjara 10 tahun berserta lima sebatan rotan setelah kedua-duanya didapati bersalah melakukan hubungan seks luar tabii ke atas mangsa pada tarikh, masa dan tempat yang sama.

Sementara itu, Ghazali didapati bersalah merompak mangsa pada tarikh, tempat, dan masa yang sama di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan dia dikenakan penjara lima tahun berserta tiga sebatan.

Ghazali dan Raymond juga masing-masing dihukum penjara empat tahun berserta tiga sebatan atas kesalahan melakukan rompakan bersenjata ke atas mangsa pada tarikh, masa dan tempat yang sama di bawah Seksyen 395 dibaca bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan.

Hakim Mahkamah Sesyen, Egusra Ali juga menjatuhkan hukuman penjara masing-masing tiga tahun ke atas keduadua lelaki berkenaan atas kesalahan menculik mangsa pada tarikh, masa dan tempat yang sama di bawah Seksyen 367 Kanun Keseksaan.

Egusra juga mengarahkan supaya kesemua hukuman penjara yang dikenakan ke atas kedua-dua lelaki berkenaan dijalankan secara berasingan.

Egusra dalam menghakimannya berkata, pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Mohd Hanafi Basri telah berjaya membuktikan kes berkenaan melampaui keraguan munasabah.

Menurut fakta kes, mangsa sedang dalam perjalanan untuk pergi bersembahyang di sebuah gereja di Batu 3, Jalan Apas apabila sebuah van yang dinaiki keduadua lelaki berkenaan tibatiba singgah dan mempelawa mangsa menaikinya.

Bagaimanapun van berkenaan tidak membawa mangsa ke gereja sebaliknya ke kawasan kebun koko di Jalan Sin On Tiku di mana mangsa dirogol oleh keduakedua lelaki berkenaan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain