suria

Bekas pengarah didakwa masukkan RM1.46 juta ke akaun sendiri

PULAU PINANG: Seorang bekas pengarah sebuah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Georgetown di sini hari ini kerana dituduh mendepositkan wang syarikat sebanyak RM1.46 juta ke dalam akaun peribadinya.

Jamiley Abdullah Jaafar, 37, bekas pengarah syarikat Add Engineering (M) Sdn Bhd yang beralamat di C215, Jalan Sungai Dua, Pulau Pinang mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Rosilah Yop melakukan kesalahan itu antara 31 Okt 2006 dan 29 Mei 2007.

Dia didakwa mengikut Seksyen 132 (1) Akta Syarikat 1965 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 132 (3) akta yang sama, dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda RM30,000.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Shariah Abu manakala tertuduh diwakili peguam V. Amareson.

Hakim Rosilah menetapkan 1 Jun ini untuk sebutan semula kes. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain