suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anwar nafi dakwaan Anifah, minta tarik balik kenyataan

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan kenyataan Menteri Luar Datuk Anifah Aman di Washington bahawa beliau menawarkan kepada Anifah jawatan timbalan perdana menteri sebagai umpan untuk melompat parti selepas pilihan raya umum 2008.

Dalam kenyataan di sini semalam, peguam S. N. Nair, yang mewakili Anwar, berkata anak guamnya itu mahu Anifah menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf dalam tempoh 24 jam berhubung tuduhan itu.

Kata Nair, Anwar memintanya memfailkan saman fitnah terhadap Anifah sekiranya menteri luar itu tidak menarik balik kenyataannya dan mengemukakan permohonan maaf dalam tempoh yang ditetapkan.

Pada sidang akhbar bersama Setiausaha Negara Amerika Hillary Rodham Clinton di Washington pada Khamis, Anifah berkata beliau secara peribadi telah dipelawa menyertai Pembangkang dan ditawarkan jawatan amat tinggi oleh Anwar. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain