suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

11 PATI dirawat kerana Leptospirosis

PULAU PINANG: 11 lagi pendatang tanpa izin dari Depoh Tahanan Pendatang Tanpa Izin di Juru dimasukkan ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) dekat sini malam tadi kerana dijangkiti penyakit Leptospirosis.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh berkata kesemua mereka dimasukkan ke hospital selepas mengalami demam.

"Sejak 7 Mei lepas sehingga semalam, 35 pendatang tanpa izin dimasukkan ke HBM manakala dua lagi dirawat di Hospital Seberang Jaya selepas mengalami demam.

"Separuh daripada mereka dijangka dibenar keluar dalam masa terdekat selepas memberi respon positif kepada rawatan yang diberi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan seorang rakyat Myanmar meninggal dunia dan 26 lagi dirawat di dua hospital di sini berikutan dijangkiti penyakit Leptospirosis, yang biasanya tersebar kepada manusia melalui penggunaan air yang dicemari air kencing.

Phee berkata berikutan kes itu Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mengambil tindakan segera dengan menjalankan kerja pembersihan di depoh tahanan berkenaan, termasuk menghapuskan binatang yang dipercayai mempunyai kaitan dengan penyakit itu.

Beliau turut menasihatkan penduduk di kawasan itu agar tidak panik sebaliknya sentiasa menjaga kebersihan di persekitaran mereka.

"Keadaan di situ terkawal dan kita telah mengambil langkah segera bagi memastikan ia tidak merebak ke kawasan lain," katanya. BERNAMA

Artikel Lain