suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tahanan ISA: Keluarga 'amat gembira', jangka dibebas lusa atau Isnin

ISTERI PEMIMPIN HINDRAF: Dari kiri B. Buvaneswary, 32 isteri kepada V. Ganabatirau, Dr M. Kalaivani, isteri kepada R. Kengadharan, K. Vickneswary, isteri kepada Vasantha kumar a/l Krishnan dan Pushpaneela.S, isteri kepada Manoharan.

PETALING JAYA: Keluarga salah seorang pemimpin Hindraf yang bakal dibebaskan daripada tahanan ISA menyifatkan hari ini sebagai "saat paling gembira" dalam hidup mereka.

Dalam nada terharu, isteri Vasantha Kumar yang diumumkan akan dibebaskan, K. Vickneswary berkata, keluarganya berada dalam suasana amat gembira dengan pengumuman Menteri Dalam Negeri pagi tadi.

"Saya pernah bergembira semasa hari graduan, pernah lalui saat gembira ketika hari perkahwinan tetapi hari ini adalah hari yang paling menggembirakan saya," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Vickneswary berkata, polis Bukit Aman juga mengesahkan suaminya akan dibebaskan sama ada Ahad atau Isnin ini.

"Mereka memaklumkan bahawa ada proses dokumentasi yang perlu dilalui dan akan dibebaskan lusa atau Isnin.

"Bagaimanapun saya akan melawat dia lusa seperti biasa," kata beliau yang mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang berusaha keras dan kerajaan baru pimpinan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Vasantha merupakan antara tiga baki pemimpin Hindraf yang dibebaskan kali ini.

Turut dibebaskan ialah 10 tahanan lain.

Artikel Lain