suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zambry: BN tidak kisah kedudukan di DUN, penting bilangan

IPOH: Barisan Nasional (BN) menegaskan lokasi kedudukan anggotanya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), yang bersidang semula mulai esok, tidak penting.

Sambil menegaskan BN "tidak kisah" soal itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, "apa yang penting ialah bilangan anggota dalam DUN" memihak BN.

"Ramai orang tanya perkara, ia menarik... bagi saya itu (kedudukan kerusi) tidak penting tapi yang penting ialah bilangan yang cukup untuk BN," kata beliau ketika ditemui di sini hari ini.

BN kini mempunyai sokongan 31 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk tiga wakil rakyat Bebas.

Langkah mereka keluar dari PKR dan DAP untuk bertindak sebagai ADUN Bebas dan menyokong BN membolehkan BN membentuk kerajaan negeri.

Sehingga semalam, susunan dalam DUN menunjukkan wakil rakyat Pakatan yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS masih berada di sebelah kanan tempat duduk Speaker manakala BN pula di sebelah kiri.

Bagaimanapun papan tanda nama Zambry dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak kelihatan.

Lazimnya parti yang memimpin kerajaan akan berada di zon sebelah kanan Speaker DUN.

"Itu sebenarnya konvensyen, tapi bagi saya itu tak penting," katanya.

Artikel Lain