suria

7 lelaki didakwa culik kanak-kanak

CULIK BUDAK... Tujuh lelaki yang disyaki terlibat dalam kes penculikan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun, 10 April lepas dibawa ke Mahkamah Majistret hari ini untuk pendakwaan. N. Arumugam, 42, R. Chandran, 23, G. Thiagarajan, 19, K. Thianagaran, 25, K. Magindran, 27, M. Prabu, 20 dan R,Parameswaran, 26, didakwa telah menahan Tan Guan Yu, 7, dengan cara melarikannya. -- fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Tujuh lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menculik seorang budak lelaki berusia tujuh tahun bagi mendapatkan wang tebusan RM1 juta pada 10 April lalu. Kesemua tertuduh N. Arumugam, 42, R. Chandran, 23, G. Thiagarajan, 19, K. Thianagaran, 25, K. Magindran, 27, M. Prabu, 20, dan R. Parameswaran, 26, didakwa telah menahan Tan Guan Yu, 7, dengan cara melarikannya.

Tiada sebarang pengakuan dicatatkan daripada kesemua tertuduh.

Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan sebuah rumah No 11 A, Jalan BU 617, Bandar Utama, Damansara, di sini pada pukul 8.20 pagi, 10 April lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebatan.

Terdahulu itu, peguam bela S. Selvam, yang mewakili Thianagaran dan Prabu memohon agar kes anak guamnya dan lima tertuduh lain dipindahkan ke Mahkamah Tinggi bagi membolehkan beliau memohon ikat jamin.

Beliau juga mengadu bahawa tertuduh telah dipukul oleh anggota polis semasa dalam tahanan reman.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Dhiya Shazwani Izyan Mohd Akhir berkata kes tersebut hanya boleh dipindahkan ke Mahkamah Tinggi dengan kebenaran dan izin daripada Pendakwa Raya.

Bagaimanapun, katanya pihak Pendakwa Raya masih belum memberi izin dan dengan itu kes tersebut tidak boleh dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Majistret Ho Kwong Chin menetapkan Rabu depan untuk sebutan semula kes bagi Pendakwa Raya mengemukakan izin untuk kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Ho juga menetapkan 27 Mei ini untuk membuat penilaian terhadap laporan perubatan tertuduh Arumugam, Chandran, Thiagarajan dan Prabu, yang mendakwa telah mengalami kecederaan semasa ditahan.

Sebelum ini, laporan media menyatakan mangsa culik itu dibebaskan empat hari kemudian selepas keluarganya membayar wang tebusan itu. BERNAMA

Artikel Lain