SPRM serah kertas siasatan Fairus ke pendakwaan hari ini

PULAU PINANG: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menghantar kertas siasatan berhubung dakwaan rasuah melibatkan bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin ke Bahagian Pendakwaan hari ini.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull berkata SPRM telah meneliti kertas siasatan berkenaan dan mendapati pada peringkat siasatan ia telah lengkap.

"Pada peringkat siasatan, ia telah lengkap tetapi jika pihak pendakwaan mahu kita menambah siasatan atau sebarang fakta bagi melengkapkan kertas siasatan berkenaan, SPRM akan melakukannya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Ditanya bila pendakwaan berhubung kes itu akan dilakukan, beliau berkata ia bergantung kepada Bahagian Pendakwaan untuk tindakan seterusnya.

"Sabarlah, bagi peluang kepada Bahagian Pendakwaan untuk meneliti kes itu dulu sebelum membuat sebarang keputusan atau tindakan selanjutnya," katanya.

Mengenai sama ada Mohammad Fairus akan ditahan, Shukri enggan mengulas lanjut dan meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu.

SPRM membuka kertas siasatan berhubung dakwaan dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri ini yang disyaki terlibat dalam penyelewengan membabitkan syarikat kuari di Seberang Perai.

Pendedahan berkenaan dibuat oleh Ketua Angkatan Muda (AMK) Kepala Batas, Amizuddin Ahmat pada Februari lepas dan ia dipercayai menjadi punca kepada peletakan jawatan Mohammad Fairus. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain