suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anwar kemuka calon pengganti Fairus dalam tempoh seminggu

PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mencalonkan wakil parti itu bagi jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 dalam masa satu minggu.

Semalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyerahkan kepada Lim untuk membuat keputusan mengenai kedudukan Timbalan Ketua Menteri 1.

Kekosongan jawatan tersebut ekoran peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin.

Mohammad Fairus meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri dan anggota majlis mesyuarat negeri akan berkuat-kuasa hari semalam tetapi beliau akan kekal sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti.

Pada 2 Mac, Mohammad Fairus menyerahkan surat peletakan jawatan berkuat-kuasa semalam.

Artikel Lain