suria

PKR kekalkan penguasaan di Bukit Selambau

MENANG..Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengangkat tangan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) S. Manikumar apabila tiba di pusat penjumlahan undi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau di Sekolah Menengah Teknik 1 di sini hari ini. -foto BERNAMA
MENANG..Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengangkat tangan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) S. Manikumar apabila tiba di pusat penjumlahan undi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau di Sekolah Menengah Teknik 1 di sini hari ini. -foto BERNAMA
MENANG..Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengangkat tangan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) S. Manikumar apabila tiba di pusat penjumlahan undi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau di Sekolah Menengah Teknik 1 di sini hari ini. -foto BERNAMA

SUNGAI PETANI: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengekalkan pengusaan mereka di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau apabila calonya, S. Manikumar memenangi pilihan raya kecil kawasan itu dengan memperoleh 12,632 undi.

Beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk S. Ganesan yang memperoleh 10,229 undi dan 13 calon Bebas yang lain dengan majoriti 2,403 undi.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Bukit Selambau, Datuk Abdullah Mat Akhir di Dewan Sekolah Menengah Teknik 1 kira-kira pukul 10.50 malam ini.

Kerusi itu pernah dimenangi oleh calon Bebas V. Arumugam setelah mengalahkan calon BN S.Krishnan dengan majoriti 2,362 pada pilihan raya lepas, sebelum beliau menyertai PKR.

Kawasan DUN Bukit Selambau mempunyai 35,140 pengundi berdaftar termasuk 15 pengundi pos dan 70 peratus daripada jumlah itu mengundi hari ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan setelah Arumugam melepaskan jawatannya pada 8 Februari lepas.

Beliau turut mengumumkan bahawa kesemua 13 calon Bebas yang bertanding hilang wang pertaruhan.

Berikut jumlah undi yang diperolehi oleh 13 calon Bebas di DUN Bukit Selambau:

1. R Loganathan (kelapa sawit) - 31

2. Tan Hock Huat (kunci) - 78

3. Radzi Md Lazim (kerusi) - 25

4. Mohd Fazil Wahab (kepala harimau - 83

5. Abdul Rahim Abu (jam loceng) - 60

6. L Sarala (basikal) - 49

7. A Jayagopal (payung) - 35

8. S Moganakumar (buku) - 46

9. Khamis Awang (ayam jantan) - 29

10. Husaini Yaacob (bas) - 257

11.M Vaneson (ikan) - 32

12. Mej (B) Anuar Abd Hamid (telefon) - 528

13. T Chandrarajan (kapal terbang) - 73

Sementara itu, Manikumar ketika ditemui selepas diumumkan kemenangannya mengucapkan terima kasih kepada pengundi di Bukit Selambau yang mengundinya serta jentera Pakatan Rakyat.

"Saya berterima kasih kerana pengundi memilih saya untuk memimpin mereka di masa hadapan dan saya berterima kasih kepada pemimpin-pemimpin Pakatan yang memutuskan kita perlu menang dalam pilihan raya ini bagi mempertahankan kerusi ini.

"Hari ini ia telah menjadi realiti dan kita akan berjuang dengan lebih tinggi selepas ini untuk menuju ke satu tahap yang teratas," katanya.

BERITA TERDAHULU

PKR dahului calon BN di Bukit Selambau

SUNGAI PETANI: Sehingga pukul 9.50 malam, calon PKR, S. Manikumar mendahului dengan 7,398 undi berbanding calon BN, Datuk S. Ganesan yang mendapat 6,228 undi.

Jumlah tersebut hasil kiraan 41 peti undi daripada keseluruhan 65 peti undi.

Sementara itu, jumlah undi bagi 13 lagi calon Bebas ialah:

1. R Loganathan (kelapa sawit) - 22

2. Tan Hock Huat (kunci) - 45

3. Radzi Md Lazim (kerusi) - 20

4. Mohd Fazil Wahab (kepala harimau) - 55

5. Abdul Rahim Abu (jam loceng) - 35

6. L Sarala (basikal) - 36

7. A Jayagopal (payung) - 15

8. S Moganakumar (buku) - 22

9. Khamis Awang (ayam jantan) - 17

10. Husaini Yaacob (bas) - 140

11. M Vaneson (ikan) - 16

12. Mej (B) Anuar Abd Hamid (telefon) - 314

13. T Chandrarajan (kapal terbang) - 48

Artikel Lain