suria

Belum ada calon Bukit Selambau tarik diri - SPR Kedah

SUNGAI PETANI: Setakat ini tiada daripada 15 calon yang akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau pada Selasa ini yang menarik diri, kata Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kedah Zainal Abidin Zakaria.

"Setakat ini tiada lagi calon yang menarik diri," katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

Beliau berkata mana-mana calon yang berhasrat untuk menarik diri boleh berbuat demikian sehingga pukul 12 tengah malam ini.

Zainal Abidin menjelaskan tempoh calon untuk menarik diri daripada bertanding dibuka sebaik berakhirnya proses penamaan calon pada Ahad lepas dan tamat tiga hari kemudian sebelum kertas pencalonan dicetak.

Sebanyak 13 daripada 15 calon yang bertanding adalah calon Bebas manakala calon Barisan Nasional (BN) diwakili Datuk S.Ganesan dan PKR meletakkan muka baru S. Manikumar.

Calon-calon bebas ialah R.Loganathan, Tan Hock Huat, Radzi Md Lazim, Mohd Fadzil Abdul Wahab, Abdul Rahim Abu, L.Sarala, A.Jayagopal, S.Moganakumar, Khamis Awang, Husaini Yaacob, M. Vanesan, Mejar (B) Anuar Abd Hamid dan T. Chandrarajan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain