Belum ada calon Bukit Selambau tarik diri - SPR Kedah - Semasa | mStar

Belum ada calon Bukit Selambau tarik diri - SPR Kedah

SUNGAI PETANI: Setakat ini tiada daripada 15 calon yang akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau pada Selasa ini yang menarik diri, kata Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kedah Zainal Abidin Zakaria.

"Setakat ini tiada lagi calon yang menarik diri," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata mana-mana calon yang berhasrat untuk menarik diri boleh berbuat demikian sehingga pukul 12 tengah malam ini.

Zainal Abidin menjelaskan tempoh calon untuk menarik diri daripada bertanding dibuka sebaik berakhirnya proses penamaan calon pada Ahad lepas dan tamat tiga hari kemudian sebelum kertas pencalonan dicetak.

Sebanyak 13 daripada 15 calon yang bertanding adalah calon Bebas manakala calon Barisan Nasional (BN) diwakili Datuk S.Ganesan dan PKR meletakkan muka baru S. Manikumar.

Calon-calon bebas ialah R.Loganathan, Tan Hock Huat, Radzi Md Lazim, Mohd Fadzil Abdul Wahab, Abdul Rahim Abu, L.Sarala, A.Jayagopal, S.Moganakumar, Khamis Awang, Husaini Yaacob, M. Vanesan, Mejar (B) Anuar Abd Hamid dan T. Chandrarajan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain