suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Abdullah rai kakitangan pejabat PM, Kementerian Pertahanan

BERGAMBAR ... Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah turut meluangkan masa bergambar bersama kakitangan dari Unit Komunikasi Pejabat Perdana Menteri, hari ini.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini meraikan kira-kira 130 kakitangan pejabat Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan pada majlis makan tengah hari di Seri Perdana di sini.

Ketibaan Abdullah dengan diiringi isteri Datin Seri Jeanne Abdullah pada majlis itu disambut dengan tepukan gemuruh pada hadirin.

Turut hadir ialah penasihat agama beliau, Datuk Dr Abdullah Md Zin.

Abdullah yang juga Menteri Pertahanan dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada mereka atas sokongan dan kerjasama yang diberikan kepada beliau sepanjang berkhidmat sebagai perdana menteri.

Beliau juga meminta maaf jika ada salah dan silap sepanjang perkhidmatan beliau itu dan turut mengingatkan mereka supaya menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh dan berkhidmat dengan baik dan cekap.

"Begitu juga bagi pihak isteri saya, terima kasih kepada semua atas sokongan yang diberikan. Jika ada salah dan silap, minta maaf.

"Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menjalankan tugas," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain