suria

Akaun lebih RM2.8 juta dibekukan

KUALA LUMPUR: Polis mengesan lebih RM2.8 juta yang dikatakan kepunyaan Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) kepada satu akaun yang telah diarahkan supaya dibekukan sementara siasatan dijalankan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Koh Hing Sun telah mengesahkan arahan pembekuan itu.

Sumber terdekat penyiasatan itu memaklumkan, pagawai JSJK telah memanggil bekas Ketua Pegawai Eksekutif MIED, P. Chitrakala Vasu semalam untuk merekodkan kenyataan beliau berhubung laporan yang dikemukakannya.

Dalam laporan yang dikemukakan, Chitrakala mendakwa derma RM2 juta untuk mangsa tsunami Sri Lanka pada 2004 kemudiannya dipindahkan ke akaun badan kebajikan MIC, Yayasan Pemulihan Sosial.

Beliau turut mendakwa, timbunan fail-fail peribadi disimpan di pejabatnya di ibu pejabat MIC hilang dan meminta polis untuk mendapatkan semula fail-fail tersebut kerana mengatakan beliau tidak dibenarkan masuk ke dalam premis tersebut.

Polis mula menyiasat MIED berikutan laporan yang dibuat Naib Presiden MIC, Datuk S. Sothinathan yang menyatakan wang dan fail berhubung urusan MIED telah hilang.

Pada 22 Februari lalu, Presiden MIC dan bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu dilaporkan berkata, pegawai atasan MIED bertanggungjawab atas kehilangan RM5.26 juta itu dan banyak lagi percanggahan yang tersembunyi akan didedahkan.

Semalam, Samy Vellu berkata, sejumlah RM1.89 juta yang dimasukkan ke dalam akaun Yayasan Pemulihan Sosial pada Mac tahun lalu adalah baki RM5.9 juta bagi untuk tujuan dana bantuan Asian Tsunami bagi beberapa negara.

Katanya, dalam penyata menyatakan daripada RM5.59 juta yang dikumpul daripada penyumbang di bawah naungan Badan Pembangunan Industri Pembinaan, RM1 juta diberikan kepada kerajaan Sri Lankan.

Beliau berkata, sebanyak RM1 juta telah dihantar ke Pertubuhan Pemulihan Tamil dan RM1.7 juta kepada Dana Bantuan Tamil Nadu.

Samy Vellu berkata, baki RM1.89 juta bagi tujuan pembinaan sekolah di Vellati, Jaffna diletakkan di bawah Yayasan Pemulihan Sosial di bawah resit deposit tetap apabila perang saudara di Sri Lanka semakin meningkat.

"Pelan seni bina telah siap tetapi sebelum pelan-pelan itu diluluskan.

Artikel Lain