suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Abdullah Md. Zin kini Penasihat Agama PM

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md Zin dilantik sebagai penasihat agama kepada Perdana Menteri berkuat kuasa hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Besut, menggantikan Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman yang memegang jawatan itu sejak Januari 2001.

Abdullah, 62, sebelum melibatkan diri dalam politik pada tahun 2004 adalah Timbalan Rektor (Akademik dan Penyelidikan) Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM).

Berkelulusan doktor falsafah dalam bidang Dakwah dan Tasauf daripada University of Kent, England pada tahun 1990, beliau adalah anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno dan Timbalan Pengerusi Biro Agama Umno. Beliau adalah juga lulusan ijazah Sarjana Muda Usuluddin daripada Madinah University, Madinah, Arab Saudi dan Syariah daripada Al-Azhar University, Kaherah, Mesir. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain