suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dipenjara 60 bulan kerana telefon bimbit

KUALA LUMPUR: Dua orang sahabat hari ini dijatuhi hukuman penjara 60 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini setelah mengaku bersalah merompak telefon bimbit milik seorang warga Bangladesh dengan bersenjatakan sebilah pisau Januari lepas.

Mohamad Shahrizal Mehat, 29, penjual buah yang berasal dari Pulau Pinang dan Mat Saleh Nayan, 51, pengutip barang lusuh dari Taiping Perak mengaku bersalah merompak Kamal Abdul Hakim sebuah telefon bimbit jenama Motorola bernilai RM200 di Jalan Sultan Ismail pada pukul 2.15 petang, pada 28 Januari lepas.

Hakim Zainal Abidin Kamaruddin mengarahkan supaya hukuman tersebut berjalan bermula dari tarikh mereka ditangkap iaitu 28 Januari 2008.

Mengikut fakta kes, keduadua tertuduh menahan mangsa dari belakang sebelum Saleh mengacukan sebilah pisau manakala Shahrizal merampas telefom bimbit itu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga disebat. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain