suria

Zahid mahu jumpa Guan Eng dan Shabudin

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan menemui Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bagi mendengar penjelasan tentang isu penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama di negeri itu.

Beliau berkata Guan Eng telah menghubunginya semalam dan menyatakan badan yang diwujudkan itu adalah sebuah badan muhibah dan bukan majlis perundingan agama.

"Saya akan berlaku adil kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) Shabudin Yahaya yang menyatakan beliau ada bukti pertubuhan itu diwujudkan dan saya juga harus berlaku adil kepada Guan Eng bagi mendapatkan penjelasan daripada beliau.

"Saya akan berjumpa dengan keduaduanya di Pulau Pinang pada Rabu depan (4 Mac) untuk membincangkannya dan saya juga berharap tindakan untuk menyaman akhbar atau individu tidak dilakukan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan edaran tafsir Al-Quran (edisi Bahasa Inggeris) di sini hari ini.

Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar semalam berhubung penubuhan majlis perundingan antara agama oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang dilapor meletakkan Islam sama taraf dengan agama lain.

Akhbar itu memetik Shabudin sebagai berkata cubaan menyamakan agama Islam dengan fahaman agama lain menghina Islam dan mesti dihentikan.

Sementara itu, Zahid berkata inisiatif untuk menerbit serta mengedarkan Al-Quran terjemahan Bahasa Inggeris adalah sebagai satu daripada usaha berdakwah bagi menyebarkan agama Islam dan berdasarkan permintaan pemilik dan pengusaha hotel.

Beliau berkata kini sebanyak 50,000 naskah Al-Quran dan terjemahan dalam Bahasa Melayu, Inggeris dan Cina telah diedar dan pada peringkat awal ini terjemahan dalam Bahasa Inggeris akan diedar ke hotel bertaraf lima bintang di Wilayah Persekutuan dan Lembah Klang.

"Cetakan 50,000 dengan peruntukan RM270,000 disediakan oleh Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) di atas kesedaran pihak hotel yang ratarata terpaksa membeli tafsiran sebelum cetakan ini dibuat," katanya.

Beliau berkata usaha itu akan dilakukan secara berperingkat bermula dengan hotel lima bintang dan seterusnya ke hotelhotel empat, tiga dan dua bintang di seluruh negara. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain