suria

3,000 sertai himpunan taat setia kepada Sultan Perak

TIMBALAN Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berucap menyatakan sokongan kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah pada perhimpunan di padang Sultan Abdul Jalil di Ipoh hari ini.
TIMBALAN Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berucap menyatakan sokongan kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah pada perhimpunan di padang Sultan Abdul Jalil di Ipoh hari ini.
TIMBALAN Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berucap menyatakan sokongan kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah pada perhimpunan di padang Sultan Abdul Jalil di Ipoh hari ini.

PETALING JAYA: Demonstrasi aman bagi menyatakan taat setia kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah terus diadakan di Ipoh hari ini dengan dihadiri lebih 3,000 penyokong Barisan Nasional dan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Perhimpunan di Padang Sultan Abdul Jalil itu turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin; Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Reezal Merican Naina Merican dan Pengerusi Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Setiausaha GPMS Perak, Azmil Khusaini Khalid berkata perhimpunan tersebut antara lain bagi menyerahkan memorandum bantahan terhadap tindakan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang bertindak mencabuli hak asasi rakyat negeri Perak serta kedaulatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

"Kita bantah tindakan beliau yang seolah-olah mengetepikan kuasa Sultan Perak yang telah memperkenankan lantikan Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang baru.

"Kenyataan-kenyataan beliau dilihat telah mempertikaikan kuasa Sultan Perak," katanya kepada mStar Online.

Perhimpunan yang bermula kira-kira pukul 2.30 petang itu pada awalnya dirancang diadakan di Dataran Bandaraya Ipoh, namun telah ditukar ke Padang Sultan Abdul Jalil atas faktor keselamatan.

Pihak polis dilaporkan mengawal kawasan perhimpunan tersebut namun tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Selepas ucapan pemimpin-peminpin parti politik dan NGO, memorandum tersebut kemudiaannya dihantar ke Istana Kinta untuk diserahkan kepada Sultan perak.

Selain itu menurut Azmil, memorandum tersebut juga mengecam tindakan Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh yang menyatakan hasrat untuk memfailkan saman terhadap Sultan Perak kerana memperkenankan pembentukan kerajaan baru.

Pergolakan politik di Perak bermula apabila Sultan Perak memutuskan baginda tidak berkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti yang dipohon Pakatan Rakyat dan meminta Nizar meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar setelah yakin Nizar telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Bagaimanapun Nizar hingga kini tetap enggan melepaskan jawatannya itu kerana menganggap beliau masih lagi Menteri Besar di bawah peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Perak serta turut mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri pada Sabtu lalu walaupun upacara mengangkat sumpah Menteri Besar baru diadakan pada Jumaat lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain