suria

Ipoh, Putrajaya diapit keterujaan

ADUN Changkat Jering Mohd Osman Jailu (depan) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), ADUN Jelapang Hee Yit Foong (tengah) dari DAP dan ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi (belakang) juga dari PKR ketika beredar selepas menghadiri sidang media Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak di Putrahaya semalam selepas empat ADUN dari parti pembangkang mengumumkan keluar dari parti masing-masing. Turut keluar dari PKR ialah ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim yang kembali kepada UMNO selepas menyertai parti pembangkang itu 25 Januari lalu. -fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Apabila Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dijadual mengadakan sidang akhbar pada 1 tengah hari di pejabatnya di Ipoh, terdapat khabar angin bahawa Dewan Undangan Negeri akan dibubarkan.

Bagaimanapun, sidang akhbar itu tidak jadi diadakan.

Kemudian apabila Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional Perak dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak dijadual mengadakan sidang akhbar di pejabatnya di sini pada 4 petang, terdapat khabar angin yang BN akan mengambil alih kerajaan negeri Perak.

Satusatunya perbezaan antara dua sidang akhbar itu yang jaraknya kirakira 200 kilonmeter dan dijadualkan selang tiga jam antara satu sama itu ialah sidang akhbar kedua itu diadakan.

Wakil media yang tiba di pondok pengawal utama di Putra Perdana di sini, "diminta menunggu" di situ seketika, menimbulkan kegelisahan di kalangan mereka sama ada sidang akhbar mengenai "pengumuman penting" itu akan berlangsung atau tidak.

Bagaimanapun, rasa ingin tahu mereka terjawab apabila seorang demi seorang wakil rakyat BN Perak masuk ke bangunan itu dengan senyuman di wajah.

Datuk Hamdi Abu Bakar (Pengkalan Baharu) dan Datuk Ahmad Fakeh Adam (Lintang) tersenyum lebar dan melambai kepada kumpulan wakil media yang menunggu apabila mereka melewati pondok pengawal utama itu pada kirakira 3.30 petang.

Riak wajah mereka menceritakan segalanya.

Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Nadzri Ismail (Manjo), Dr. Wan Norashikin Wan Noordin (Kampung Gajah), Nolee Ashilin Mohammed Radzi (Tualang Sekah), Datuk Zaim Abu Hasam (Belanja), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Omar (Kubu Gajah) dan Datuk Mohd Najmuddin Elias AlHafiz (Batu Kurau) merupakan antara wakil rakyat Perak yang dilihat masuk melalui pondok pengawal utama itu.

Sebaik sahaja sidang akhbar itu bermula pada 4.25 petang, rasa ingin tahu itu akhirnya terjawab apabila Najib dengan diiringi empat wakil rakyat dari Perak masuk ke bilik sidang akhbar itu.

Keempat-empat mereka ialah Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), Nasaruddin Hashim (Bota) dan Hee Yit Fong (Jelapang).

Sekali lagi, senyuman pada wajah mereka menceritakan segalanya malahan sebelum sidang akhbar bermula.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Masnor dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut hadir dan juga tidak lekang dengan senyuman.

Dan pengumuman oleh Najib ialah Barisan Nasional telah memperoleh majoriti mudah untuk mengambil alih kerajaan negeri Perak berikutan langkah empat wakil rakyat yang meninggalkan parti masing-masing dalam Pakatan Rakyat untuk memberi sokongan kepada BN.

Keterujaan mengenai "pengumuman penting" yang dinantinantikan itu yang awalnya bermula di Perak rupanya berakhir di Putrajaya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

ADUN Behrang dianiaya PKR?

Artikel Lain