suria

ADUN Behrang dianiaya PKR?

KEDUA-DUA ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi (kiri) dan ADUN Changkat Jering, Kapt (B) Mohd Osman Jailu (kanan).
KEDUA-DUA ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi (kiri) dan ADUN Changkat Jering, Kapt (B) Mohd Osman Jailu (kanan).
KEDUA-DUA ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi (kiri) dan ADUN Changkat Jering, Kapt (B) Mohd Osman Jailu (kanan).

IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi mendakwa tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghantar surat peletakan jawatan beliau sebagai wakil rakyat berpunca daripada keinginan pemimpin tertentu parti itu yang berhasrat bertanding jika diadakan pilihan raya kecil.

Beliau berkata, ada pihak dalam PKR yang ingin pilihan raya kecil diadakan supaya calon pilihan mereka dipilih bertanding.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar menerima surat peletakan jawatan Jamaluddin dan Adun Changkat Jering Mohd Osman Jailu Ahad lepas tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam memutuskan bahawa tidak berlaku kekosongan pada keduadua kerusi berkenaan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf berkata, ini kerana SPR mendapati wujudnya keraguan terhadap keduadua surat peletakan jawatan Mohd Osman Jailu sebagai Adun Changkat Jering dan Jamaluddin Mohd Radzi sebagai Adun Behrang.

Ketika dihubungi Bernama, Jamaluddin mendakwa berlaku perebutan jawatan di kalangan pimpinan PKR dan usaha untuk mengadakan pilihan raya kecil di dua kerusi DUN dirancang bagi membolehkan pemimpin tertentu dalam parti menjadi wakil rakyat dan seterusnya Exco kerajaan negeri.

Jamaluddin yang juga Bendahari dan Timbalan Pengerusi PKR Perak menyifatkan keadaan yang berlaku sebagai mainan kotor beberapa pemimpin parti yang ingin bertanding di DUN Behrang dan DUN Changkat Jering.

Mengenai tuduhan bahawa "kehilangan" beliau dan Osman didalangi oleh Barisan Nasional (BN), Jamaluddin berkata beliau sebenarnya cuti sakit dan tiada kena mengena dengan Umno. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain