suria

Pahang, Kelantan dilanda banjir lagi

PASANGAN pengantin Mohd Azrul Azmi, 24 (tiga, kanan) dan isterinya Khair Al Nisa Bt Ismail ,25 (tiga,kiri) terpaksa melangsungkan majlis perkahwinan mereka di Kampung Chendering hari ini dalam suasana banjir apabila perkarangan rumah mereka turut dilimpahi air berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lepas.

[DIKEMAS KINI 8 malam] KUANTAN: Selepas Kuantan, banjir turut melanda daerah Pekan hari ini dan menjadikan jumlah penduduk yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir meningkat kepada 246 orang petang ini berbanding 106 pada sebelah pagi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata sejumlah 93 mangsa banjir di daerah pekan dipindahkan sejak 12 tengah hari.

Enam kawasan di Pekan iaitu Kampung Sungai Miang, Kampung Cenderawasih, Kampung Padang Rumbia, Kampung Rompin Lama, Kampung Penadah dan Kampung Padang Polo dinaiki air setinggi 1.5 meter.

"Lapan belas orang ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Seri Mutiara, 19 orang di Balai Raya Padang Rumbia dan 56 orang di Sekolah Kebangsaan Terentang, Pekan," katanya.

Sementara itu, banjir di Kuantan melibatkan 153 mangsa yang terdiri daripada penduduk Pekan Sungai Lembing, Kampung Melayu serta Kampung Jeliang dan mereka ditempatkan di Balai Polis Sungai Lembing, Sekolah Menengah Sungai Lembing, Balai Raya Kempadang dan Dewan Serbaguna Panching.

Setakat ini, katanya hanya sebatang jalan ditutup kepada semua kenderaan iaitu di km8 hingga km12 Jalan Sungai Lembing-Kuantan, manakala km19 hingga 24 Jalan Pekan-Nenasi dan km19 hingga km24 Jalan Rompin-Nenasi ditutup kepada kenderaan ringan.

Sementara itu di KOTA BAHARU Penduduk di daerah Rantau Panjang dan Pasir Puteh mula dipindahkan berikutan kediaman mereka dinaiki air akibat hujan lebat yang melanda Kelantan sejak dua hari lepas.

Selain itu, beberapa kawasan kampung termasuk di Jeti Kastam, Pengkalan Chepa dan di bandar Kota Baharu turut digenangi air.

Di PASIR PUTEH, 11 penduduk di Kampung Gong Ara di sini dipindahkan ke kawasan selamat apabila rumah mereka dinaiki air hampir satu meter pagi ini.

Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Kaharuddin Yahya berkata penduduk terbabit ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Kampung Nara kira-kira satu kilometer dari rumah mereka.

Bagaimanapun, lapan orang dari Kampung Surau dan Chenggal Batu tidak mahu berpindah ke pusat pemindahan, sebaliknya mengambil keputusan menumpang di rumah keluarga masing-masing.

Sementara itu, jalan menghubungkan Pasir Puteh ke Kota Baharu yang ditutup kepada kenderaan ringan pagi tadi setelah dinaiki air di Kampung Bukit Abal, kini boleh dilalui oleh semua kenderaan.

Di Rantau Panjang, 11 orang daripada dua keluarga mula berpindah ke kawasan Madrasah Kampung Baruh Pial. BERNAMA

Artikel Lain