4 lagi pemilihan calon ketua kampung baru bulan depan - Semasa | mStar

4 lagi pemilihan calon ketua kampung baru bulan depan

PETALING JAYA: Pemilihan calon bagi ketua kampung baru akan dijalankan di empat lagi kampung baru di Perak Februari ini.

Ahli Parlimen Gopeng, Dr. Lee Boon Chye berkata, pemilihan itu akan dijalankan di empat kampung baru di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Pulai dan Teja, Ipoh.

"Kita akan jalankan empat lagi pemilihan di kawasan tersebut. Bagi kampung-kampung lain, kita tengok dahulu. Jika ada permintaan untuk mengadakannya, kita akan jalankan juga," katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, pemilihan calon bagi ketua Kampung Baru Gunung Rapat, Ipoh semalam berjalan lancar seperti yang dirancang.

Dr. Lee berkata, dalam pemilihan itu, Ten Chong Yong, 66, seorang pesara telah dipilih sebagai calon ketua kampung dengan 345 undi.

"Beliau telah dipilih oleh penduduk kampung bagi jawatan itu daripada empat calon yang lain dan beliau memang merupakan calon yang baik," katanya.

Empat calon lain adalah Ong Kim Loong, 39 dengan 211 undi, Chin Ka Seng, 67 dengan 147 undi, sementara Law Choon Oor, 68 dan Loh Soon Mee, 51 masing-masing mendapat 29 undi.

Dr Lee berkata, seramai 763 penduduk kampung keluar mengundi pada pemilihan hari ini yang berlangsung di Dewan Fook Tat Chee, Gunung Rapat bermula pukul 9 pagi hingga 1 petang. Keputusan pemenang diumumkan pada pada jam 3 petang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Simpang Pulai, Chan Ming Kai

Katanya, nama Ten akan dicadangkan secepat mungkin kepada kerajaan negeri bagi proses lantikan.

"Selain itu, kita juga akan menyerahkan laporan terperinci berhubung pemilihan ini seperti yang diminta Menteri Besar (Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin)," katanya.

Dr Lee berkata, pemilihan Ten sebagai ketua kampung baru itu masih belum muktamad kerana lantikan masih belum dibuat oleh kerajaan negeri.

"Ten adalah calon yang dipilih penduduk kampung tetapi lantikan yang muktamad terletak di tangan kerajaan negeri," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut sekiranya calon yang dicadangkan itu tidak diterima kerajaan negeri.

Isu pemilihan pemilihan calon bagi ketua Kampung Baru Gunung Rapat mencuri tumpuan sejak awal minggu ini apabila Dr Lee dan Chan tetap meneruskan pemilihan calon di kampung itu walaupun kerajaan negeri telah memutuskan semua jawatan ketua kampung baru bagi negeri Perak akan dibuat secara lantikan dan tidak membenarkan ia dijalankan secara pemilihan.

Mohammad Nizar dilaporkan melahirkan rasa terkilan dengan tindakan kedua-dua wakil rakyat PKR itu yang enggan mematuhi larangan tersebut.

Bagaimanapun, Mohammad Nizar menafikan laporan itu kerana menurut baliau, apa yang dimahukannya hanyalah laporan daripada Dr Lee dan Chan berhubung proses penamaan calon tersebut.

Katanya, proses pemilihan calon itu boleh diteruskan kerana ia hanyalah medium untuk penduduk memilih ketua kampung yang dimahukan mereka namun kuasa lantikan tetap di bawah kerajaan negeri.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain