suria

Kesahihan Undang dipersoal waris Luak Sungai Ujong

KUALA LUMPUR: Seorang waris kanan Undang Luak Sungai Ujong Negeri Sembilan hari ini mempersoalkan status kesahihan seorang daripada Undang Luak yang Empat di negeri itu.

Datuk Sri Di Raja Luak Sungai Ujong Zulkepley Dahalan berkata, undang berkenaan sudah dipecat hasil mesyuarat waris-waris luak berkenaan kerana melakukan 26 kesalahan sepanjang memegang jawatan itu sejak 15 tahun lepas.

"Surat mengenainya sudah diserahkan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan (Datuk Seri Mohamad Hasan). Usaha sudah dibuat banyak kali mengenai persoalan ini dan kami minta kerajaan negeri bertindak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Zulkepley berkata, undang berkenaan hadir pada majlis pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru iaitu Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Tuanku Muhriz dilantik sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11 pada Isnin lepas bagi menggantikan Almarhum Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman yang mangkat pada Sabtu lepas. BERNAMA

Artikel Lain