suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga jajahan Kelantan dilanda banjir, 2,397 dipindahkan

KOTA BHARU: Seramai 2,397 orang dari tiga jajahan di Kelantan iaitu Kuala Krai, Tanah Merah dan Jeli dipindahkan ke pusat pemindahan apabila kawasan mereka dilanda banjir akibat hujan lebat berterusan sejak 2 pagi semalam.

Jurucakap Pusat Kawalan Operasi Bencana Banjir (PKOB) Kelantan berkata sehingga 7 malam ini, Jeli mencatatkan jumlah yang tertinggi mangsa banjir yang dipindahkan iaitu seramai 2,048 orang.

"Di Tanah Merah seramai 206 orang dipindahkan dan di Kuala Krai seramai 143 mangsa dipindahkan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Dua laluan utama ditutup kepada semua kenderaan berikutan air sungai naik setinggi satu meter iaitu laluan Jeli-Dabong dan Kota Baharu-Kuala Krai.

Di Jeli, Ketua Jajahan Jeli, Serpudin Mohamad, berkata sehingga kini sudah tujuh pusat pemindahan telah dibuka berikutan peningkatan mangsa banjir.

Beliau berkata, tujuh pusat itu adalah Sekolah Kebangsaan Kalai, Sekolah Lubok Bungor, Sekolah Kebangsaan Batu Melintang, Tadika Sungai Santan, Sekolah Menengah Jeli Lama, Dewan Oranga Ramai Legeh dan Sekolah Menengah Ayer Lanas.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamad yang juga Ketua Umno Bahagian Jeli turut menyalurkan bantuan makanan bernilai RM100,000 kepada penduduk yang terlibat dengan banjir.

Di Pasir Puteh, Kampung Sungai Kelong, Bukit Abal Tiga Daerah, Kampung Wakaf dan Padang Pak Amat dinaiki antara 0.5 hingga satu meter.

Beberapa jalan kampung termasuk dari Kampung Sungai Kelong ke Permatang Rambai, Permatang Sungkai dan Seligi tidak boleh dilalui oleh kenderaan kecil apabila jalan di Kampung Sungai Kelong dinaiki air sedalam satu meter.

Bagi menghadapi banjir di Kelantan, kerajaan menyediakan 714 pusat pemindahan yang boleh menampung 144,239 mangsa. BERNAMA

Artikel Sebelum

Wukuf di Arafah, 7 Disember

Artikel Berikut

Artikel Lain