suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

180 taska, tadika di Selangor tutup gara-gara penularan HFMD

Keputusan tersebut bukan dibuat berdasarkan jumlah kes HFMD yang tinggi di Selangor.

TATKALA wabak cacar monyet menjadi kebimbangan di peringkat global, negara kita turut berhadapan penularan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Terbaharu, sebanyak 180 taska, tadika dan pusat jagaan kanak-kanak harian ditutup akibat penularan penyakit itu di Selangor setakat Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Kebimbangan terhadap penyakit HFMD, monkeypox... pensyarah saran kerja dari rumah diteruskan

Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, penutupan premis-premis berkenaan dibuat berdasarkan penilaian risiko yang dibuat oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) masing-masing.

Menurutnya, keputusan tersebut bukan dibuat berdasarkan jumlah kes HFMD yang tinggi di Selangor.

"Penutupan premis dibuat berdasarkan penilaian risiko oleh PKD dan tidak hanya bergantung kepada jumlah kes sahaja," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Dalam pada itu, Siti Mariah turut memaklumkan sebanyak 18,164 kes HFMD dilaporkan di Selangor setakat 28 Mei lalu.

Bagaimanapun, hanya 419 kes melibatkan tiga peratus daripada jumlah kes tersebut dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.

"Sebanyak 202 kluster HFMD dilaporkan, namun kesemuanya masih dalam keadaan terkawal," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain