suria

Lulusan Harvard Pulang Berbakti Kepada Negara

Pemegang Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan daripada Universiti Havard Soh Soon Huang. -Foto BERNAMA.

KUALA LUMPUR: Lazimnya, kebanyakan siswazah yang memiliki kelulusan daripada universiti terkenal dunia, lebih cenderung untuk bekerja di luar negara kerana pakej ganjaran yang menanti mereka amat menarik.

Tetapi, bagi pemegang ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Havard, Soh Soon Huang, Malaysia tetap menjadi pilihan utama, walaupun memiliki kelulusan akademik yang begitu tinggi nilainya.

Soh, 28, yang kini tergolong sebagai usahawan tekno, berkata beliau membuat keputusan untuk pulang ke tanahair tahun lepas dengan matlamat serta cita-cita membara untuk menguji sama ada perniagaan secara atas talian mampu menjadi suatu kuasa penggerak di Malaysia.

Beliau kemudiannya mengambil keputusan membantu menubuhkan Rocket Internet Malaysia Sdn Bhd untuk menjadi sebahagian daripada Rocket Internet GmbH, inkubator pemula dalam talian Jerman, yang diasaskan di Berlin pada 2007.

"Idea ini terlintas di fikiran saya ketika memikirkan bahawa kemudahan itu juga perlu ada di sini," katanya dalam temubual dengan Bernama di sini, Sabtu. Selepas itu, Soh, yang juga memiliki ijazah dalam bidang undang-undang dari universiti berprestij di Beijing, Tsinghua University, menjadi pengasas bersama beberapa perniagan e-dagang lain seperti zalora.com.my, lazada.com.my, home24 dan foodpanda.my.

Semua itu, kata Soh, lahir daripada keinginannya yang mendalam untuk berbakti kepada negara ketika peluang pekerjaan semakin berkembang dan untuk memanfaatkan kekuatan ekonomi yang terdapat melalui Internet.

Ditanya tentang faktor yang menggerakkan minatnya untuk melanjutkan pengajian di dua universiti terkemuka itu, Soh, yang merupakan anak kepada bekas Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelammat Datuk Dr Soh Chai Hock, berkata: "Semuanya lahir daripada keinginan untuk menimba ilmu dari tempat terbaik.

"Asas yang baik dan kukuh memang amat penting. Anda perlu mendapatkan latihan terbaik untuk membolehkan anda membalas budi negara, dalam apa jua bidang yang anda miliki cukup keyakinan mengenainya."

Mengulas kenyataan alumini Universiti Harvard Datuk Dr Goh Cheng Teik bahawa kemerosotan kualiti serta kekurangan daya saing menyebabkan pelajar Malaysia tidak terpilih melanjut pengajian di Harvard selama dua tahun berturut-turut sejak 2010, Soh berkata pelajar negara ini tidak seharusya berputus asa untuk terus mencuba, walaupun prosedur kemasukan dan ujian yang ditetapkan adalah agak ketat. "Tak ada salahnya mencuba. Rakyat Malaysia memiliki pelbagai kelebihan yang boleh ditonjolkan dan ditawarkan daripada segi perspektif mereka yang unik serta kepelbagaian bakat yang mereka miliki melalui ujian dan temuduga Harvard yang tinggi standardnya," kata beliau.

Kali terakhir pelajar Malaysia diterima melanjutkan pelajaran di Havard ialah pada 2010 iaitu apabila Avinaash Subramaniam dari Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Jaya di sini memenuhi syarat ditetapkan dan mendapat biasiswa penuh.

Tetapi, bagi pemegang ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Havard, Soh Soon Huang, Malaysia tetap menjadi pilihan utama, walaupun memiliki kelulusan akademik yang begitu tinggi nilainya.

Soh, 28, yang kini tergolong sebagai usahawan tekno, berkata beliau membuat keputusan untuk pulang ke tanahair tahun lepas dengan matlamat serta cita-cita membara untuk menguji sama ada perniagaan secara atas talian mampu menjadi suatu kuasa penggerak di Malaysia.

Beliau kemudiannya mengambil keputusan membantu menubuhkan Rocket Internet Malaysia Sdn Bhd untuk menjadi sebahagian daripada Rocket Internet GmbH, inkubator pemula dalam talian Jerman, yang diasaskan di Berlin pada 2007.

"Idea ini terlintas di fikiran saya ketika memikirkan bahawa kemudahan itu juga perlu ada di sini," katanya dalam temubual dengan Bernama di sini hari ini.

Selepas itu, Soh, yang juga memiliki ijazah dalam bidang undang-undang dari universiti berprestij di Beijing, Tsinghua University, menjadi pengasas bersama beberapa perniagan e-dagang lain seperti zalora.com.my, lazada.com.my, home24 dan foodpanda.my.

Semua itu, kata Soh, lahir daripada keinginannya yang mendalam untuk berbakti kepada negara ketika peluang pekerjaan semakin berkembang dan untuk memanfaatkan kekuatan ekonomi yang terdapat melalui Internet.

Ditanya tentang faktor yang menggerakkan minatnya untuk melanjutkan pengajian di dua universiti terkemuka itu, Soh, yang merupakan anak kepada bekas Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelammat Datuk Dr Soh Chai Hock, berkata: "Semuanya lahir daripada keinginan untuk menimba ilmu dari tempat terbaik.

"Asas yang baik dan kukuh memang amat penting. Anda perlu mendapatkan latihan terbaik untuk membolehkan anda membalas budi negara, dalam apa jua bidang yang anda miliki cukup keyakinan mengenainya."

Mengulas kenyataan alumini Universiti Harvard Datuk Dr Goh Cheng Teik bahawa kemerosotan kualiti serta kekurangan daya saing menyebabkan pelajar Malaysia tidak terpilih melanjut pengajian di Harvard selama dua tahun berturut-turut sejak 2010, Soh berkata pelajar negara ini tidak seharusya berputus asa untuk terus mencuba, walaupun prosedur kemasukan dan ujian yang ditetapkan adalah agak ketat. "Tak ada salahnya mencuba. Rakyat Malaysia memiliki pelbagai kelebihan yang boleh ditonjolkan dan ditawarkan daripada segi perspektif mereka yang unik serta kepelbagaian bakat yang mereka miliki melalui ujian dan temuduga Harvard yang tinggi standardnya," kata beliau.

Kali terakhir pelajar Malaysia diterima melanjutkan pelajaran di Havard ialah pada 2010 iaitu apabila Avinaash Subramaniam dari Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Jaya di sini memenuhi syarat ditetapkan dan mendapat biasiswa penuh. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain