suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Pelajar Malaysia Menang Anugerah ISEF

KUALA LUMPUR: Tiga pelajar Malaysia mengharumkan nama negara apabila berjaya menggondol anugerah antarabangsa bagi projek kajiselidik menggunakan lalang sebagai bum minyak untuk mengawal tumpahan minyak.

Nur Adibah Mohd Hadzi, Nuradiza Rani dan Rohaizah Mohd Faijan dari Kolej Tunku Kurshiah Seremban, meraih anugerah tersebut pada Pameran Antarabangsa Sains dan Kejuruteraan Intel 2010 (ISEF) di San Jose, Amerika Syarikat.

Ketiga-tiga pelajar berkenaan menerima Anugerah Kedua Pengawal Pantai Amerika Syarikat atas ciptaan 'Bum Minyak Asli'.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Intel Malaysia di sini hari ini, projek itu berdasarkan konsep menggunapakai tumbuhan lalang bagi membendung dan menyerap tumpahan minyak.

Katanya setiap pelajar itu menerima hadiah wang tunai US$1,500 (RM4,979).

Intel berkata menerusi penajaan mereka, seramai 77 pelajar termasuk sembilan pelajar Malaysia menyertai pameran tahunan itu dan daripada jumlah itu 16 daripada mereka memenangi anugerah. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain