suria

Mohd. Fauzi Dilantik Timbalan Naib Canselor UPM

MOHD. FAUZI RAMLAN
MOHD. FAUZI RAMLAN
MOHD. FAUZI RAMLAN

KUALA LUMPUR: Pengarah Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar di Kementerian Pengajian Tinggi, Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Putra Malaysia (UPM).

Menurut kenyataan UPM, pelantikan bagi tempoh tiga tahun itu berkuat kuasa 16 Mei.

Beliau akan bertanggungjawab mengetuai bahagian berkenaan serta pembangunan pelajar universiti berlandaskan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara yang merangkumi Pusat Kokurikulum, Pusat Sukan, Pusat Alumni, Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) dan kolej-kolej kediaman.

Mohd. Fauzi, berkelulusan doktor falsafah University of York, United Kingdom pernah dilantik sebagai Profesor Madya di Jabatan Sains Pertanian dan turut menganggotai Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Universiti Utara Malaysia (UUM) serta Ahli Ganti LPU Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Naib Canselor UPM, Prof Datuk Dr Nik Mustapha Abdullah berkata pelantikan Mohd. Fauzi akan dapat mendukung matlamat universiti untuk melahirkan graduan berkualiti, berdaya saing serta memperkasakan pelajar dengan penguasaan kemahiran insaniah.

Artikel Sebelum

Artikel Lain