suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

UUM Tuan Rumah Rundingan Meja Bulat Mengenai Pendidikan Asia

SINTOK: Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menjadi tuan rumah bagi persidangan meja bulat Jumaat ini yang akan membincangkan isu-isu pendidikan di kalangan negara Asia.

Naib Canselor UUM, Tan Sri Dr Nordin Kardi berkata, persidangan yang bertemakan Asianisation of Higher Education akan disertai ahli akademik dari beberapa buah negara antaranya Yemen, Libya, dan Indonesia.

Katanya, konsep perbincangan adalah seperti Dialog Antarabangsa Langkawi.

"Dialog memberi tumpuan bagaimana untuk menyatukan negara Asia dalam aspek pendidikan tinggi dan melahirkan bentuk kerjasama antara negara-negara di Asia," kata Dr Nordin dalam satu kenyataan.

Menurutnya, perbincangan turut menjadi medan pertukaran idea dan pandangan bagaimana untuk meningkatkan jalinan program kerjasama antara UUM dengan rakan kongsi dari dalam dan luar negara.

"Pertemuan ini diharap memberi maklum balas, pengalaman dan cadangan tentang kaedah terbaik untuk diaplikasikan bagi membangunkan perkongsian pintar dan membentuk kerjasama di peringkat pendidikan tinggi," kata Dr Nordin.

Antara ahli panel yang akan mengupas perbincangan ialah Duta Yemen, Abdullah Mohammed Ali Al-Monatasor; Duta Libya, Mohamed A.A Alnfali dan Dr Herijanto Banti dari Universitas Padjadjaran, Indonesia.

Tokoh lain ialah Timbalan Naib Canselor Al Hosn University, Emiriah Arab Bersatu, Prof Abdul Rahim Sabouni dan Pengarah Yayasan Sriwijaya, Surya Burhanuddin. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain