suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Empat Pelajar Malaysia Cemerlang Di Adelaide

MELBOURNE: Empat pelajar Malaysia, yang memperoleh keputusan sangat cemerlang dalam kursus pengajian asas di Bradford College, Adelaide, diterima menganggotai kelab berprestij kolej itu, 'Gold Club'.

Mereka adalah Sophia Mah dari Sarawak, Mohamad Syamil Abdul Kalam dari Sabah, Marcus Jeremy Stephens dan Kan Wan Yap, kedua-duanya dari Kuala Lumpur.

Majlis penyerahan sijil disempurnakan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia Datuk Salman Ahmad di Adelaide minggu ini.

Pengarah/Pengetua Bradford College Wendy Teasdale-Smith berkata kolej itu menawarkan kursus pengajian asas dan pemindahan ijazah kepada pelajar antarabangsa sejak tujuh tahun lepas.

Kolej itu kini mempunyai 800 pelajar kebanyakannya dari Malaysia, Singapura, Hong Kong dan China.

"Pencapaian pelajar mestilah satu standard akademik yang tinggi bagi membolehkan mereka diterima masuk ke universiti Adelaide dan universiti yang lain di Australia.

"Untuk mencapai standard akademik yang tinggi ini, bilangan pelajar adalah kecil jadi tenaga pengajar dapat berinteraksi secara dekat dengan pelajar," katanya.

Teasdale-Smith memuji empat anggota baru Gold Club itu kerana kesungguhan, semangat dan keyakinan mereka.

Dalam lawatan beliau ke Adelaide, Salman turut menemui jawatankuasa sementara Kelab Malaysia Australia Selatan yang akan ditubuhkan tidak lama lagi. -BERNAMA

Artikel Lain