suria

Dua Penyelidik UPM Terima Anugerah MAKNA

KUALA LUMPUR: Dua saintis Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Abhimanyu Veerakumarasivam dan Profesor Dr Chong Pei Pei berjaya memenangi Anugerah Penyelidikan Kanser Majlis Kanser Nasional (MAKNA).

Kedua-dua saintis tersebut dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM terpilih untuk menerima anugerah tersebut kerana hasil penyelidikan masing-masing mengenai penyakit itu.

Dr Abhimanyu terpilih berdasarkan penyeldikannya bertajuk 'Isolation, Immortalization and Characterization of Malaysian Primary Breast Cancer Cell Lines'.

Dalam pada itu, Profesor Dr Chong pula atas penyelidikannya bertajuk 'Investigation on polymorphism of p53 dan p21 cell regulatory genes and the association with human papilomavirus (HPV)- positive cervical cancer among the female population in Malaysia.'

Kedua-kedua pemenang anugerah itu menerima tajaan berjumlah RM30,000 bagi pembiayaan projek penyelidikan kanser selain sokongan berterusan daripada MAKNA, kata UPM dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Presiden MAKNA, Datuk Mohd Farid Ariffin berkata persatuan itu akan sentiasa memantau penyelidikan yang dilakukan oleh penerima anugerah itu sepanjang tempoh dua tahun sebelum hasil kajian itu didedahkan kepada orang ramai.

"Saya harap penyelidik dapat menggunakan dana MAKNA dan memberi manfaat kepada masyarakat terutamanya dalam proses mencari penawar yang lebih berkesan," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain